“Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (Al Hujrat : 10 )
korang tau x ape maksudnye sahabat sejati??? mmg ssh nk jmpe sahabat...tp senang nk jmpe kawan.. tp masing2 ade pandangan ttg kawan kan? korg pon pandai2 la nk pilih kawan..ade kawan waktu senang je, bile kite ssh, lari cam lipas patah sayap..mengong! ade plak kawan yg hipokrit,.kat depan punyer la alim nk mampus, pijak kutu pon kutu jelir je, tp kat blakang,, badak air pon maen tibai jer... sabor je la...tp stakat mana kawan korg tu ikhlas dgn korg?? tepuk tangan, tnya hati..huhu
haa..kat sini aku ade nk bg tips tuk korg nilai sahabat2 kesayangan korg tuh, check it out>>>
Ciri-ciri sahabat yang sejati :
1) Jika engkau memerlukan pertolongan darinnya, dia terus menolong mu tanpa berdolak dalik.
2) Jika sesuatu engkau terjatuh (musibah), dia hadir untuk meringankan bebanmu.
3) Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih mudah mengalah demi menjaga tali persahabatan.
4) Jika anda memberi sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menghargai perbuatan yang anda lakukan.
5) Jika anda merapatkan hubungan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan anda.
6) Dia sentiasa membantumu menjauhi daripada kemaksiatan dan perkara yang keji dan membantumu menunaikan perintahNya dan kebaikan.
7) Dia sentiasa mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Ciri-ciri sahabat yang perlu kita berhati-hati atau tinggalkan:
1) Sahabat yang hipokrit: Dia berkawan denganmu kerana kepentingan peribadi semata-mata dan tidak sanggup menolongmu ketika anda dalam kesusahan.
2) Sahabat yang pengampu: Dia bersetuju dalam semua perkara yang anda lakukan itu ( samada baik atau buruk). Bila berhadapan dengan anda, dia memuji dirimu,tetapi dibelakang dia mengkhianati dirimu.
3) Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah: Dia membawa anda ke kancah kemaksiatan dan menambah dosa mu didunia.
4) Sahabat yang duniawi: Dia sentiasa mengajak anda untuk 'melepak', berpesta atau ketempat yang tidak sepatutnya dan melalaikan.
5) Sahabat yang kedekut dan tamak: Dia sangat tamak untuk memberi kepadamu dan meminta banyak kepada mu. (pentingkan diri sendiri)
Bersahabatlah kerana Allah untuk mencari keredhaanNya.
"Aku bersahabat dengan mu kerana Allah dan bukan kerana harta dan kelebihanmu. Terima kasih kerana menjadi sahabatku"