Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali r.a :
Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya:
Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya:
Jujur dalam berkata-kata
Menjauhi segala yang haram
Merendahkan diri
Takut berlaku dusta dan keji
Menjauhi kejahatan
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
- Seorang wanita, pada hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka:
Pertama:-ayahnya
- Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat….. Dia hanya memberi kemewahan dunia saja, maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:-suaminya
- Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram…, apabila suami mendiam diri…… walaupun dia seorang alim yang sholatnya tidak ditangguhkan, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- abang-abangnya
- Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga martabat wanita jatuh ke pundak abang-abangnya….. jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja sedangkan adik perempuannya dibiarkan melenceng dari ajaran ISLAM…. tunggulah tarikan adiknya di akhirat
Keempat:-anak lelakinya
- Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak……. nantikan tarikan ibunya Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…. maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenarnya.
Firman Allah swt:-
“Hai anak adam peliharalah diri mu serta keluarga mu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu…” Hai wanita, kasihananilah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda… kasihanilah mereka dan diri mu sendiri….. jalankan perintah ALLAH SWT dengan sungguh-sungguh dan dengan ikhlas… Semoga Kita Semua Tergolong Ahli Syurga Yang Memasuki Nya Tanpa Hisab Amin…Ya Rabbalalamin...
3 comments:
i like this entry,
keep going...
hehehe...tQ2~~~
info yg bagus=)
Post a Comment